Monday, June 1, 2015

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah PKG Pulau 2015


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG bergambar bersama dengan peserta bengkel.




Buat julung kalinya Bengkel Asas Pusat Sumber dilaksana dan kendalikan oleh PKG sendiri. Selama ini bengkel ini adalah dibawah pengurusan dan dilaksanakan oleh BTPN Pulau Pinang.

Bengkel ini dikendalikan oleh PKG Zon Pulau yang terdiri dari tujuh buah PKG iaitu PKG Tanjung Bunga yang bertindak sebagai urusetia, PKG Kelawai, PKG Gelugur, PKG Air Itam, PKG Dato Keramat, PKG Bayan Lepas dan PKG Balik Pulau.

Bengkel yang telah pun dijalankan dari 6 hingga 9 April 2015 berlangsung di PSS SMKA(P) Al Mashoor dan telah dihadiri oleh 40 orang guru PSS yang baru dilantik sekolah.

Topik-topik yang diperkenalkan ialah:

1. Konsep Asas PSS - Penceramah: Marzuki Samah
2. Kemudahan Fizikal dan Aktiviti PSS - Penceramah: Mohd Abas Aboo Bakar
3. Instrumen Penilaian PSS - Penceramah: Norrizan Md Said
4. Literasi Maklumat - Penceramah: Roshidi Mat
5. Pengurusan dan Pentadbiran PSS - Penceramah; Azman Mahamood
6. Pentadbiran dan Pengurusan PSS(Kewangan) - Penceramah: Tn. Hj. Suhaimi Saidin
7. Program Nilam dan I Nilam - Penceramah: Hizam Ismail dan Muhamad Khairi Abd Rahman
8. Fail Kuasa - Penceramah: Fauzi Shaari
9. Dokumen-dokumen PSS - Penceramah: Hafidzah Hapeez
10. Google Apps - Penceramah: Abdullah Yaacob dan Gim Choong Hua
11. Organisasi Bahan - Penceramah: Nur Hafiza Habib Rahman
12. Penkatalogan - Penceramah: Yasmin Abd Rahman
13. Bahan Promosi PSS - Penceramah: Azlan Aziz


PKG Zon Pulau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan Guru PSS SMKA(P) Al Mashoor kerana telah menyediakan tempat kursus yang begitu selesa sekali. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Timbalan PPD Timur Laut kerana merasmikan Majlis Penutup bengkel ini.

Kepada semua PTP dan PT PKG Zon Pulau yang terlibat dalam melaksanakan bengkel yang sangat berjaya ini diucapkan ribuan terima kasih. Panjang umur kita jumpa lagi di tahun hadapan.

Gambar-gambar aktiviti: