Monday, August 12, 2013

Lawatan Pengarah BTP ke PKG Tanjung Bunga

Pada tanggal 23 April 2013 Puan Pengarah BTP Pn. Rosnani binti Mohamed Ali bersama dengan rombongan Pegawai BTP telah melawat PKG Tanjung Bunga. Dalam lawatan singkat itu Pn. Pengarah telah diberi taklimat ringkas aktiviti yang telah dijalankan oleh PKG Tanjung Bunga. Antaranya ialah dengan melakukan lawatan ke Makmal Komputer SK Tanjung Tokong untuk bersama dengan pelajar mencuba menggunakan koleksi bank soalan UPSR secara talian terus.





Selain dari itu satu taklimat ringkas juga disampaikan oleh PTP PKG Tanjung Bunga berkaitan Peranan PKG Dalam Menyahut Cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.




Pihak PKG Tanjung Bunga juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Pengarah kerana sudi datang melawat ke PKG Tanjung Bunga. Dengan lawatan seperti ini diharapkan PKG akan bergerak lebih maju lagi. Dan dikesempatan ini juga PTP PKG Tanjung Bunga sangat sangat berharap akan ada lagi perjumpaan Mesyuarat Bulanan yang dianjurkan oleh BTP kerana ianya sangat. Hasil mesyuarat itu juga akan lebih mendekatkan pegawai PKG dengan Pengarah BTP.