Pusat Sumber Sekolah


Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
  • Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif PSS:
  • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
  • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
  • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
  • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Peranan PSS:
  • Pusat Ilmu
  • Pusat Penemuan
  • Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pusat Pengajaran
  • Pusat Profesional
  • Pusat Hubungan Masyarakat

Fungsi PSS:
  • Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
  • Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
  • Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
  • Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.


PKG juga dari masa kesemasa akan memantau dan juga menjalankan khidmat bantu PSS yang memerlukan bantuan.


Penilaian kendiri PSS dijalankan secara online di alamat: http://btp.tarantula.my/index.php


Program Nilam

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.

Objektif Program Nilam

Menjadikan murid banyak membaca
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Komponen Program Nilam
  • Membaca dan merekod bahan bacaan
  • Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
  • Mengesahkan rekod dan mengumpul data
  • Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran.

Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

Tahap Program Nilam

Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).

TAHAP JAUHARI

Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :

Sekolah Rendah

Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :

Jumlah Buku
Pengiktirafan
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
NILAM

Sekolah Menengah

Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:

Jumlah BukuPengiktirafan
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
288 ke atas
NILAM

Tahap RAKAN PEMBACA (RP) 


Ianya mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :


  • Bercerita (1 sesi = 5 markah)
  • Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
  • Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
  • Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)


Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut 

Jadual Sistem Ganjaran RP :

Jumlah markah aktiviti
Pengiktirafan
100 – 199
Gangsa
200– 299
Perak
300 – 399
Emas
400  ke atasNILAM

Rekod Bacaan Nilam dikemaskinikan secara online di talian: http://nilam.tarantula.my


LITERASI MAKLUMAT

Konsep pembelajaran maya atau Virtual Learning Environment (VLE) merupakan teknologi terkini dan harus dikuasai oleh pelajar masa kini untuk menghadapi arus moden pendidikan. FrogAsia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan melalui projek 1BestariNet telah memperkenalkan teknologi ini melalui Frog VLE. Dalam rangkaian ini yang terdiri dari pelajar, guru dan juga ibubapa diharapkan pendidikan dan pembelajran menjadi lebih efisyen dan menarik.Gabungan landasan FrogVLE dan Literasi Maklumat yang telah lama diperkenalkan adalah satu gabungan yang dirasakan akan menjadi lebih kukuh menyokong aktiviti Literasi Maklumat. Berikut disenaraikan beberapa soalan lazim berkaitan Literasi Maklumat.


1.  Apakah definisi Literasi?

Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.



2.  Apakah definisi Maklumat?

Data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.



3.  Apakah maksud Literasi Maklumat?

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”



4.  Apakah kemahiran yang terkandung dalam Literasi Maklumat?

• Kemahiran Maklumat
• Kemahiran Membaca
• Kemahiran Belajar
• Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
• Kemahiran ICT
• Kemahiran Komunikasi



5.  Bagaimanakah penguasaan kemahiran Literasi Maklumat dapat dilaksanakan di sekolah?

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
• Melalui Kerja Kursus
• Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)
• Melalui Aktiviti di dalam Kelas
• Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
• Melalui Kerja Kendiri (independent study)
• Melalui Program/Aktiviti PSS
• Melalui Program Membaca
• Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain



6.  Apakah peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat?

Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
• Panduan Guru
• Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak)
• Komputer dan akses internet
• Bahan digital – sumber elektronik
• Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan



7.  Apakah Kemahiran Maklumat yang perlu ada pada murid?

• Mengenalpasti keperluan maklumat
• Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai
• Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain
• Mempersembahkan maklumat



8.  Apakah teknik pencarian maklumat?

• menentukan objektif dan skop pencarian
• membuat strategi pencarian
• melakukan pencarian
• mengumpul dan menilai hasil pencarian
• pengubahsuaian strategi



9.  Apakah model-model Literasi Maklumat?

a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Model yang diguna pakai adalah The Big Six , melalui 6 langkah utama iaitu:
• menentu (task definition)
• mencari (information seeking strategies)
• mengguna (location and access)
• mencatat (use of information)
• melapor (synthesis)
• menilai ( evaluation)

b. Empowering 8- NILIS (National Institute of Library and Information Sciences – University of Colombo Sri Lanka
• mengenalpasti (Identify)
• mencari (Explore)
• memilih (Select)
• mengurus (Organise)
• mencipta (Create)
• melapor (Present)
• menilai (Assess)
• mengaplikasi (Apply)

c. The British Model, 1981 ( Irving/ Marland)
• Formulation/analysis of information needs.
• Identification/appraisal of sources.
• Tracing/locating resources.
• Examining, selecting & rejecting resources.
• Interrogating/Using individual resources.
• Recording/Storing.
• Interpretation, analysis, synthesis & evaluation.
• Shape, presentation & communication.
• Evaluation of the assignment.

d. Stripling and Pitts , 1988 - Research Process
• Choose a broad topic
• Get an overview of the topic
• Narrow the topic
• Develop thesis/purpose statement
• Formulate questions to guide research
• Plan for research and production
• Find, analyze and evaluate sources
• Evaluate evidence, take notes, and compile bibliography
• Establish conclusions/organize information in outline
• Create and present final product
• Reflection points – is the paper/project satisfactory

e. Kuhlthau Information Seeking Process (ISP)
• Initiation
• Selection
• Formulation of focus
• Exploration (investigate information on the general topic)
• Collection (Gather information on the focused topic)
• Presentation
• Assessment (of outcome/process)



10. Apakah kepentingan Literasi Maklumat?

• Pelajar harus tahu cara yang teratur dan tepat bagi mendapatkan maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan.
• Melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan memberangsang.
• Melatih pelajar, belajar berdikari secara beransur-ansur untuk memudahkan mereka menghayati konsep pendidikan seumur hidup.
• Melatih pelajar untuk menangani ilmu yang pelbagai dan menjadikan sumber sebagai punca pembelajaran.



11. Apakah itu Literasi Digital?

Literasi Digital yang juga dikenali sebagai Literasi Komputer merupakan salah satu komponen dalam Kemahiran Literasi Maklumat yang merangkumi kema
hiran penggunaan perkasasan komputer, perisian, Internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi Digital merujuk kepada keupayaan mengenal pasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.
Melalui Projek 1BestariNet, FrogAsia telah memperkenalkan satu anjakkan dalam pendidikan kepada setiap pelajar, guru dan juga ibubapa di Malaysia. Gabungan akses 4G internet berkelajuan tinggi merupakan aset kepada pembelajaran kelas dunia. Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan teknologi pendidikan ini kepada semua komuniti dalam satu rangkaian sebagai memenuhi kehendak pendidikan dan pembelajaran masa kini.

Untuk pertama kalinya setiap pelajar memiliki akaun peribadi untuk akses kepada kemudahan internet dan alat inilah merupakan tapak kepada konsep baru pembelajaran kendiri melalui Literasi Maklumat.



12. Apakah peranan Pusat Kegiatan Guru dalam Literasi Digital?

Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur, menjadikan proses PdP lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi (literasi digital) merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan literasi digital pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.

Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai dengan murid. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) termasuk komponen Literasi Digital supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan dan efisien. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah termasuk Pusat Akses Sekolah dan Sumber Pendidikan (termasuk sumber berteknologi tinggi) yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Tugas ini perlu digalas bukan sahaja oleh Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari / ICT, malah oleh semua guru bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, warganegara yang bertanggung jawab, pekerja yang berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.