Profil

Peta Kedudukan PKG Tanjung Bunga
Pusat Kegiatan Guru Tanjung Bunga terletak didalam kawasan SK Tanjung Tokong, Jalan Tanjung Tokong, Georgetown Pulau Pinang. Sebagai memudahkan arah, PKG Tanjung Bunga ini berada bertentangan dengan TESCO Tanjung Pinang. Terdapat ruang meletak kenderaan yang luas disediakan dalam kawasan PKG.

PKG Tanjung Bunga dibina pada tahun 1990 dan siap sepenuhnya dan beroperasi pada tahun 1991. Banyak perubahan fizikal berlaku sepanjang PKG Tanjung Bunga beroperasi. Kemudahan-kemudahan dalaman dipertingkatkan dari masa kesemasa untuk keselesaan para guru datang berkunjung melalui bengkel, mesyuarat dan lain-lain.

Peristiwa tsunami yang berlaku pada tahun 2004 sedikit menjejas operasi PKG dimana air laut dari kesan tsunami turut melimpah masuk kedalam bangunan PKG. Dengan bantuan kewangan dari BTP kerosakkan yang berlaku telah dibaikpulih. Antaranya ruang meletak kereta yang luas dapat disediakan.


PKG Tanjung Bunga dianggotai oleh 19 buah sekolah ahli. Enam darinya ialah sekolah menengah manakala bakinya terdiri dari sekolah rendah.


Sekolah ahli:


Sekolah Menengah:

1. SMK Westlands
2. SMK Convent Pulau Tikus
3. SMK Tanjung Bunga
4. SMJK Perempuan Cina
5. SMKA Perempuan Al Mashoor
6. SMK Pendidikan Khas Persekutuan

Sekolah Rendah:

7. SK Tanjung Tokong
8. SK Tanjung Bunga
9. SK Wellesley
10. SK Batu Feringghi
11. SJKC Pai Chai
12. SJKC Poay Wah
13. SJKC Hun Bin
14. SJKC Perempuan Cina
15. SJKC Phor Tay
16. SJKT Azad
17. SK Convent Pulau Tikus
18. SK Pendidikan Khas Persekutuan
19. SK St  Xavier Cawangan
20. SK Perempuan Island